Pages

Yesterday I was someone. But I always thought that I am Suetha the Indian Classical Dancer. Then today I am Suhana. Day before I was Suet Mun. Welcome to my alter ego page..

Yours truly,
Suhana Suetha

Friday, July 10, 2009

Mine - Your Language

Alkisahnya.. pada hari yang bersejarah itu, setelah 6 tahun, matapelajaran Sains dan Matematik* yang sebelumnya di ajar dalam Bahasa Inggeris telah di tukar kembali kepada Bahasa Melayu. Tiada siapa yang tahu logik* di sebalik langkah yang begitu memberangsangkan daripada seorang pakcik dalam umur setengah abad.
Tidak dapat saya utarakan sebarang sebab-sebab munasabah terhadap langkah yang telah di ambil. tetapi ini antara sebab-sebab yang saya rasa mungkin membawa kepada pertukaran bahasa ini (selain kenyatan sah bahawasanya, kebanyakan pelajar yang mempunyai kesukaran bertutur bahasa Melayu adalah peminat-peminat hardcore* jiwa keras Mawi)

1- Kewujudan kugiran-kugiran* band alternatif* seperti OAG (Old Automatic Garbage)* , Bunkface *, Meet Uncle Hussein yang mungkin dibimbangkan akan membaratkan budaya kaum suci dan murni yang sebelum ini segak bergaya dalam songkok untuk si jejaka dan tampak suci murni bagi kaum hawa.

PENYELESAIAN : Mungkin kugiran kugiran ini patut menukar nama kugiran mengikut citarasa yang lebih bercirikan budaya orang-orang kita.. ermm... Apa salahnya OAG menjadi SLO - Sampah Lama Otomatis*. Meet Uncle Hussein.. Pak Sin bukannya paham sangat kalau dipanggil Uncle.. maka, jadikanlah ia Jumpa Pakcik Hussein. BUNKFACE -- hmm.. MUKA-PENYEK? walaupun nama-nama yang setelah di terjemahkan kurang glamournya*/ populariti*/ menyerlah, tetapi sekiranya dapat memartabatkan bahasa ibunda, apa salahnya?
Di masa menulis, pengarang terfikir akan nama yang akan di gunakan sekiranya berpeluang menubuhkan kugiran-nya : PAP-PAP KARIPAP :D

2- Terdapat diskriminasi* bahasa antara pekerja sama darjat. Ini diperhatikan semasa berada di KLCC* dan di sekitar pusat membeli-belah di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Promoter La Senza : Welcome Miss!! Can I help you? We have some new push up collections, would you like to try some on? (tersenyum manja dan memakai t-shirt* sendat serta bersolek ala Angelina Jolie)


Pembantu Jualan Kamdar : .......... (mengikut di belakang sambil mengigit kuku) ... (kadang-kala menjeling ke sana sini)

Pelanggan : Er.. cik, kain ni boleh guna ke buat tudung atau baju?

Pembantu Jualan Kamdar : (masih mengigit kuku).... arhh?? apa?

Pelanggan : , kain ni boleh guna ke buat tudung atau baju?

Pembantu Jualan Kamdar : saya tak pasti lah.. ( teruskan menjeling) *___*

Dengan situasi* begini, maka kemungkinan akan wujud suatu jurang yang akan membezakan dua manusia yang berpendidikan sama tetapi di persekitaran yang berlainan yang membawa kepada pendedahan barat dan timur di kedua-dua senario*

Situasi* yang sedemikian juga dapat di lihat di kawasan umum seperti kedai kopi biasa dan kedai kopi Barat. (Pengarang amat sensitif dan ingin menegaskan tiada unsur perkauman yang cuba di barakan, oleh itu kaum lain juga digunakan dalam senario berbeza)

Starbuck Barista (in an unknown western slang) : Whelcome to Shtarbhucks!! G'day Miss!! Can I harve your orhder?

Kedai Kopi Hainam :-

Ah Lean, si pelayan yang berambut kuning, berskirt pendek (tetapi di paksa memaki apron- yang di hiasi dengan lencana comel Hello Kitty) dengan telefon bimbit di tangan hanya menjeling bila pelanggan masuk, dan dengan tenaga yang seakan tiada, mara untuk mengambil menu* dan di letakkan atas meja dan berdiri diam menunggu pesanan. Ohh.. maaf, Ah Lean tidak menggunakan nama sebenarnya (Lee Moi Lean) untuk di letakkan pada tag* nama nya. Dia menggelar dirinya Febe. Rasanya dia mengolah nama tersebut dari Pheobe. Ketika itu seorang lagi pelayan yang gaya rambutnya seakan Jay Chou berlalu. Namanya Oson. Rasanya dia pun mengolah namanya dari nama yang sepatutnya Orson. Atau adakah mereka memang daif di dalam bahasa barat yang begitu di agungkan semua tetapi kurang pemahaman dalam mengaplikasikan* bahasa tersebut di dalam penggunaan harian mereka disebabkan kurang pendedahan dan pendidikan yang tidak telus dalam subjek tersebut?
(Pengarang telah mengupah seorang pekerja bangsa Cina dari kolej Cina tempatan. Selama sebulan pengarang yang sebenarnya bernama Cynthia mendapat gelaran baru : Chindia, Chitra, Shinda.Seorang lagi yang namanya Michelle mendapat gelaran baru : Miza, Misel, Mitjel)

PENYELESAIAN : Bagi mengelakkan kemaluan situasi yang memalukan, sama ada Bahasa antarabangsa tersebut terus di sematkan supaya mereka yang mempunyai keinginan untuk mendominasi* pasaran antarabangsa dengan kemahiran mereka tidak akan terasa segan kerana mempunyai sindrom* kepayahan mengeja nama glamour* sendiri - Fibi (pheobe). Kalau tidak, apa kata kita teruskan menjulang bahasa ibunda masing supaya Sasikumaran Sivarajan kanesan Kuppusamy tetap menjadi Sasikumaran Sivarajan kanesan Kuppusamy dan bukannya Sean Cane. Maimunah Mahbob biarlah kekal Maimunah dan bukannya Maya. Wong Ca Bai kekal Cibai Ca Bai dan bukannya Bobo Wong. Bukan kah senang gitu?


Sehingga kini pengarang mendapati seakan cerita yang ingin di layarkan disini sudah tersasar jauh dari topiknya. Ingin di teruskan pun sudah terasa kemalasan ngilu yang meresap dalam jiwa dan batin. Maka setakat ini sajalah coretannya.

Seperkara lagi, kepetahan penulis in both english and bahasa kebangsaan is non-related to the efficiency of the education system 10 years back or 10 years after. She is merely good in what she does best :) not superbly good but to teach you the history of batik in both english and bahasa is never a challenge :)
And she couldnt and wouldn't want to waste her

Sekali lagi, I am not a racist.. how can I be one after all? I am a chinese who hopes to impress the macha with her indian classical dance, attends chinese wedding in sarees, and goes to work in baju kurung or batik! wait maybe I am a racist.. i almost shut the chinese part in me.. :S
..hmm.. well walau macam mana pun i am the epitome of muhibah! I just need a turban complete the look..

*Matematik dalam keunggulan Bahasa melayu ialah Ilmu HISAP HISAB

** semua perkataan yang berlabel* * tidak berbunyi seakan bahasa kebangsaan kita. Saya rasa itu bahasa Enggeris yang telah di-kebangsaan-kan. Apa pendapat anda?

No comments:

Post a Comment

From Everywhere eh?

free counters

Only SO Many of U