Pages

Yesterday I was someone. But I always thought that I am Suetha the Indian Classical Dancer. Then today I am Suhana. Day before I was Suet Mun. Welcome to my alter ego page..

Yours truly,
Suhana Suetha

Saturday, July 9, 2011

Bila Minda Ku Mula Berbicara

Kalau nak di banding, sememangnya saya bukanlah antara yang rakyat yang ada semangat patriotik. Sebolehnya, impian ku hendak bertapak di Negara  Laos dan tidak pulang ke tanah tumpah darah dan peluh ku ini.

Benci aku tengok jalan yang sesak sentiasa.. Benci aku tengok kerani lembab di kaunter-kaunter pendaftaran. Benci aku bila terpaksa berhadapan dengan mereka mereka yang kurang kompeten dan mengucap serta melaungkan keluhan bila hujah yang mereka cuba sampaikan tidak kesampaian. Benci lagi aku bila terpaksa berhadapan dengan mereka yang tidak sewawasan semasa bekerja. Kalau boleh, hendak aku kisar mereka dan tuangkan saja jus kisaran ke dalam longkang.

Benci aku bila membaca bahasa kebangsaan yang di tercemar dengan penggunaan tatabahasa yang salah dan kata singkatan yang terlampau tidak dapat di fahami. Bukanlah hendak di katakan pemahaman bahasa ku yang begitu jitu dan persis ini tiada tandingannya...

Bahasa ke html yang tak terproses?

Benci lagi bila aku kekadang terpaksa berhentikan kereta untuk pemeriksaan polis dan di beri sebab-sebab yang tidak dapat aku fahami yang berkisar tentang bagaimana isu-isu yang mungkin telah aku timbulkan itu dapat di tangani dengan sedikit duit kopi.. Tahulah aku cantik.. tapi itu bukan sebab yang munasabah tahu! =P

Menuduh aku racist memang bukan suatu tuduhan yang munasabah sekiranya anda terasa bagai di perli bila membaca luahan ku. Kenapa aku bukan racist? Tengok saja kepetahan ku berbicara!! Boleh mengalahkan bonda di kampung! Koleksi baju kurung ku bukan main hebat. Koleksi sari ku sememangnya mengalahkan Jalan Masjid India. Sekejap! Mungkin aku racist... Aku benci tarian naga Cina yang bergolek-golek atas lantai O.o

Mungkin aku seorang insan yang INDIVIDUALISTIK. Kalau boleh jangan di ganggu hidup aku. Berperang lah kamu. Saling bunuh membunuhlah kamu. Saya tidak kisah. Asalkan jangan kacau hidup aku. Aku sememangnya tak kisah. Janji aku tak rugi.

Mungkin itu suatu persepsi yang salah. Walaupun aku taklah semuda mana lagi, tapi rasanya masih lagi mampu bergelar belia yang bakal melapisi negara dan menyumbang keada anjakan paradigma negara.
Maaflah kerna aku tidak mampu dan tidak ada wawasan untuk berbuat demikian. Kemungkinan besar jasaku takkan di kenang pun. Tapi tidak apa. kerana sememangnya falsafah hidupku hanyalah satu : jauhkan emosi dari hidup. Janji hujung bulan, profesion ku memberikan pulangan gaji dan hidupku di teruskan.

Isunya sekarangnya... falsafahku sentiasa tergendala. Di sebabkan kegusaran yang timbul setiap kali berita berkenaan perjuangan antara mereka yang cintakan negara dengan mereka yang meng-komersialkan negara untuk tujuan masing-masing yang tidak aku peduli sangat pun.
Bukannya aku gusarkan apa.. Hidup di kota metropolis ni, dua isu sahaja yang sentiasa berlegar di minda : bilalah jalan tak sesak ni. Dan satu lagi : takunya beg ku kena sambar / anak ku kena rogol.

Buat masa ini, saya pilih isu pertama : macam mana aku nak pergi appointment kalau ada road-block macam marathon ni!? Ni mesti jalan sesak lagi....   ;(


Disclaimer :
Luahan di atas hanyalah luahan semata-mata yang tidak berbaurkan politik, agama mahupun budaya. 
Kemungkinan besar penulis menghadapi sindrom kemurungan dan tahap Satu dan sindrom syok sendiri tahap kronik bila memikirkan bagaimana keadaan jalan di pagi esok.





2 comments:

From Everywhere eh?

free counters

Only SO Many of U